Pergh!!! Lama jugak tak update blog nie... Tah ape yang sibuk sangat pun tak tahulah... Tapi aku rasa dah nak start aktif baliklah meng"update" blog untuk aku curahkan apa yang aku rasa dan apa yang bermain di dalam kepala aku nie... Baik aku mulakan dengan cerita sambutan ulangtahun yang ke-29 aku hari tue... Aku kan lahir bulan Disember 23, 1982... So, sambut pun dah nak ujung tahunlah... Dah lah tengah sibuk dengan EMBA aku, ditambah pulak nak kena siapkan thesis... Tup! Tup! Anak aku Arif doktor jangkakan kena demam kuku, kaki dan mulut... Apa lagi? Tarikh 23 Dis 2011 ari tue, terpaksalah aku dan isteri tidur di KPJ Kajang... Hari tu aku jer yang masuk pejabat sebab Suhailah dah kena jaga Arif... So, setelah selesai kerja kat ofis, aku siapkan thesis aku... So, aku balik lewat sikitlah... Dalam jam 7.30mlm baru aku berangkat ke hospital... Maklumlah nak kena tido di sana... Sesampai sahaja di hospital, terkejut aku bila tengok Mama, Abah, Mak, Ayah, adik-adik semua berkumpul di sana rupanya semata-mata nak celebrate birthday aku... Walaupun tengah takder mood sebab nak completekan thesis dan anak sakit, setidak-tidaknya, bila wife aku organize b'day celebration macam tu memang menceriakan aku... Arif pun kelihatan semakin pulih... Apapun, antara azam sempena hari lahir aku yang aku terfikir pada masa tu ialah tak lain dan tak bukan ialah nak kurus... Hingga ke saat ini ianya masih belum berhasil... InsyaAllah... Aku kena usaha lebih lagi... Buat semua ahli keluarga yang hadir malam tue... Terima kasih atas ingatan dan sokongan... Hanya Allah yang dapat membalasnya...
sian adik baju oren diperlakukan muka dia camtu huhuhu
ReplyDelete