Monday, 31 October 2011

Setelah Mengamatinya Berulang Kali... Terasa Ada Unsur...


Tahniah kepada Negeri Sembilan kerana telah memenangi piala Malaysia untuk tahun 2011. Akhirnya Piala Malaysia sudah pasti milik siapa akhirnya pada tahun ini. Hobin Jang Hobin adalah pemiliknya... Namun, adakah kemenangan itu meninggalkan satu kejayaan kepada bola sepak tanahair ataupun ianya merupakan satu sejarah hitam akan berulang lagi.

Setelah mendahului dengan satu gol, Terengganu nampak gah bakal dinobatkan menjadi juara... Pada dasarnya, atas paper, sudah pasti Terengganu mempunyai kelebihan jika hendak dibandingkan dengan Negeri Sembilan... Rekod kemenangan Terengganu jauh lebih cemerlang jika hendak dibandingkan dengan Negeri Sembilan... Namun, sinar kemenangan itu seolah-olah terus terpadam di minit yang ke-81 apabila Sharbinee dengan sengaja mahupun dengan tidak sengaja telah melakukan kesilapan paling BODOH dalam sejarah bola sepak negara tahun ini apabila meloloskan gol hasil sepakan jauh atau hantaran jauh Kunanlan ke gawang yang sepatutnya amat mudah untuk diselamatkan bagi seorang penjaga gol kebangsaan. Kesilapan itu jelas membolehkan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan dan usaha penat lelah pemain Terengganu seakan lenyap mudah hanya kerana gol BODOH tersebut... Apapun, setelah diamati berulang kali... Dalam hati kecik aku, seakan-akan terdapat unsur yang aku boleh berterus terang RASUAH di dalam gol tersebut... Hantaran Kunanlan itu hakikatnya terus ke gawang... Lantunan bola tersebut seharusnya mudah dibaca penjaga gol dan tidak wujud kekeliruan mahupun keadaan penjaga gol ditekan oleh jentera serangan Negeri Sembilan... Gol sebegini hakikatnya bagi aku mencerminkan betapa tidak berkualitinya pemain yang kita ada... Sedih jika hendak digambarkan perasaan penyokong-penyokong Terengganu... Tapi apakan daya... Segalanya telah tertulis...

Namun, sebagai rakyat Malaysia... Sekiranya gol itu ada unsur RASUAH... Maka ianya merupakan satu malapetaka buat sukan negara... Namun, sekiranya gol tersebut benar atas dasar kesilapan dan kelalaian pemain, usaha memperbaiki mutu persembahan harus dilaksanakan segera... Kualiti permainan mencerminkan kematangan pemain... Sokongan akan terus meningkat sekiranya permainan yang berkualiti dipersembahkan... Adakah siasatan perlu dilakukan? Terpulanglah kepada pihak berkuasa mahupun mana-mana pihak yang ingin mendakwa... Bagi aku, siasatan tetap perlu dilaksanakan... Bagi memastikan keadilan dalam setiap perlawanan...

Jom layan sekali lagi gol terbaek Kunanlan ini...


Minggu Pertama: Maharaja Lawak Mega 2011...



Selepas menonton beberapa klip video Maharaja Lawak Mega, aku dapat buat keputusan yang ianya tak seberapa lawak berbanding Maharaja Lawak yang mengumpulkan Juara dan peserta Raja Lawak... Tapi, memandangkan keadaan mungkin masih belum panas jadi aku rasa kebanyakan peserta masih belum bersedia sepenuhnya... Apapun, aku tetap suka gandingan Harun Salim Bachik dan Afdlin yang mana aku rasa di dalam bebanyak persembahan, merekalah yang mampu menghiburkan hati aku sikit... Harap2 minggu depan banyak lagi lawak jenaka yang segar bakal keluar dan menghiburkan semua penonton... Sekiranya tidak, aku pasti ramai yang akan bersetuju dengan pendapat aku bahawa Maharaja Lawak Mega ini bakal menjadi program syok sendiri... 

Sekiranya Maharaja Lawak diwujudkan untuk mempertontonkan kepada umum akan siapakah yang benar2 mampu berlawak dan hasilnya kita dapati Nabil, Sepah, Jozan dan Jambu memang mampu menghiburkan kita semua dan memeriahkan lagi industri lawak jenaka tempatan dan aku rasa Astro berjaya mencapai objektif program tersebut... Peluang peserta-peserta Maharaja Lawak mempersembahkan bakat mereka jelas dan kualiti lawak mereka juga amat boleh kita banggakan... Namun, Maharaja Lawak Mega ini amat tidak jelas motifnya... Adakah sekadar untuk memperlihatkan kepada masyarakat orang-orang yang dikatakan berpengalaman luas dalam industri lawak ini mampu mempertontonkan lawak yang jauh lebih "class" atau lebih hebat... Pada pengamatan aku, buat masa ini lawak yang dipersembahkan tidak mencapai tahap atau standard yang aku rasakan sesuai buat mereka... Bahkan aku takut kalau program ini akhirnya menjejaskan lagi peluang mereka untuk terus bertapak dalam arena lawak tanahair... Lawak2 yang diketengahkan tidak menepati citarasa masyarakat kini dan memandangkan sebahagiannya sudah outdated dan generasi baru masih kurang faham akan bentuk lawak yang cuba diketengahkan oleh setiap peserta... Atau adakah Astro cuba mengenengahkan pelawak yang mampu berlawak di peringkat luar negara atau di peringkat Asia... Aku rasa amat sukar memandangkan sebahagian lawak yang diketengahkan hanya mampu diketawakan oleh kelompok masyarakat tertentu... Sebagai contoh kumpulan BAWEL, serius aku pening tengok kumpulan tu buat persembahan... Dan beberapa kumpulan lain yang turut buat persembahan malam tue... Apapun, masih terlalu awal untuk kita buat penilaian memandangkan baru minggu pertama... Harap minggu-minggu ke depan akan jauh lebih menghiburkan... Lagipun siapalah aku nak mengkritik mereka... Cuma harap Astro tidak hanya menganjurkan program yang hanya menjana keuntungan singkat mahupun program yang kurang berkualiti...


Sunday, 30 October 2011

KALAU SEMUA POLITICIANS MACAM INI KAN BEST...


MEMANG TERBAEK!!!

Penubuhan Tabung Zakat Dunia...

Tun Dr Mahathir Mohamad mengutarakan idea penubuhan institusi zakat dunia

Post kali ini ingin berbicara mengenai cadangan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam ucaptama beliau merasmikan Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi (LIFE) ketiga bertema "Perbankan dan Kewangan Islam: Wakaf, Zakat dan Sedekah sebagai Pemerkasaan dan Strategi Komuniti Untuk Transformasi Ekonomi Ummah".

Di dalam ucapan beliau, beliau telah mencadangkan agar sebahagian kecil zakat daripada negara-negara Islam yang kaya diberikan kepada negara-negara Islam yang terpinggir dan miskin. Menurut beliau, sebahagian daripada Asnaf yang layak menerima zakat di negara-negara Islam yang kaya sudah berkurangan dan malahan sumbangan yang diberikan kepada asnaf-asnaf di negara-negara Islam yang kaya ini sudah melebihi dan tiba masanya bagi negara-negara Islam yang kaya membantu asnaf-asnaf di negara Islam yang lain.Cadangan yang beliau utarakan ini bagi saya amat baik dan harus dilaksanakan segera bagi menunjukkan keutuhan perpaduan kita sesama negara Islam. Dalam usaha untuk kita membentuk perpaduan ummah yang kuat, bagi saya kita harus memastikan ekonomi dan pendapatan masyarakat Islam dunia hebat dan mampu bersaing dengan masyarakat lain. Hanya dengan kekuatan ekonomi kita dapat menganjakkan pencapaian masyarakat Islam ke satu arah yang boleh dibanggakan. Walaubagaimanapun, usaha ini harus bermula dan kewujudan Tabung Zakat dunia mampu merealisasikan harapan untuk melihat Islam terus membangun.

Jika kita mendengar mengenai International Monetary Fund(IMF) yang memberikan bantuan serta pinjaman kewangan dan banyak memberikan sokongan kepada negara-negara Eropah sekaligus menjana keuntungan hasil daripada pelaburan yang mereka pinjamkan, dunia Islam juga harus mempunyai keupayaan bagi mewujudkan dana khas bagi membantu negara-negara Islam untuk membangun. Bagi IMF, mereka lebih berteraskan keuntungan. Namun, bagi Badan Zakat Dunia yang dicadangkan oleh Tun Mahathir ini seharusnya memberi fokus kepada bantuan terus kepada asnaf-asnaf yang memerlukan di negara-negara Islam yang susah. Bukan berteraskan keuntungan sebaliknya menganggap ini sebagai satu ibadah dan tanggungjawab memacu ummah ke arah kemajuan.

Dalam ucapan beliau juga menyarankan umat Islam disarankan mengeluarkan zakat pada kadar 2.5% dan sekiranya kesedaran terhadap zakat ini meningkat, usaha yang boleh menggalakkan masyarakat Islam menyemai budaya berzakat, wakaf dan bersedekah sedikit sebanyak mampu meringankan penderitaan penduduk miskin di negara Islam yang lain seperti di Somalia, Sudan dan sebagainya. Bahkan beliau turut menyeru ulama' agar berijtihad mahupun melihat sekiranya boleh duit kutipan zakat itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas untuk dimanfaatkan masyarakat Islam yang susah. Sebagai contoh yang mungkin kita boleh fikirkan bersama ialah menggunakan kutipan zakat bagi membina hospital yang membolehkan kemudahan rawatan diberikan secara terus kepada masyarakat Islam yang susah, membina institusi pendidikan bagi membolehkan generasi baru Islam mendapat pendidikan yang sewajarnya yang boleh melengkapkan mereka bersaing membina kemajuan negara, membina empangan untuk tadahan air di negara-negara yang sering dilanda kemarau mahupun membina infrastruktur jalanan bagi merancakkan perkembangan ekonomi setempat. Perkara ini harus diteliti oleh para ilmuan Islam agar bersama-sama memikirkan apakah mekanisma yang terbaik bagi mengeluarkan negara-negara Islam yang kesusahan ini keluar dari kancah permasalahan tersebut.

Dengan tertubuhnya Institusi Zakat Dunia ini, saya yakin umat Islam pasti mampu bersatu dan perasaan sikap saling bantu membantu sesama ummah itu akan lahir. Tidak dinafikan kita ada usaha untuk membantu negara-negara Islam yang susah. Kutipan dana ada diwujudkan bagi membantu masyarakat Islam di Somalia, Kemboja dan sebagainya namun ianya lebih berbentuk kutipan yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun atas inisiatif pihak-pihak tertentu. Sudah tiba masanya umat Islam bangkit dan lebih terkedepan di dalam mewujudkan gerakan mahupun sebarang bentuk kesatuan yang akan menggembelingkan tenaga semua pihak untuk mengatasi sesuatu isu dan permasalahan ummah. Jangan hanya asyik berpolitik Islam namun usaha ke arah memantapkan kemajuan Islam itu sendiri longgar dan menjadi retorik politik semata-mata. Usaha harus diadakan dengan penuh dedikasi, istiqamah dan bersungguh. Barulah kita dapat melihat sinar baru dunia Islam itu kembali terserlah.

Antara kelebihan lain yang boleh kita perolehi sekiranya institusi zakat dunia ini diwujudkan ialah:
1) Menggalakkan sikap bantu-membantu sesama dunia Islam yang akhirnya usaha menyatu-padukan ummah itu jauh lebih jelas terarah.
2) Semangat untuk berkebajikan atau menunaikan tanggungjawab ibadah berzakat, berwakaf mahupun bersedekah akan tersemai dikalangan masyarakat Islam dengan adanya badan-badan seperti ini sekaligus menyemai sifat murni ikhlas dan tolong menolong antara satu sama lain.
3) Bantuan dapat dihulurkan terus kepada asnaf-asnaf di negara Islam yang susah dan prasarana baru dapat diwujudkan seperti sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya yang mampu mengubah landskap ekonomi mahupun taraf hidup masyarakat tersebut.
4) Memaparkan kepada dunia bahawa Islam itu syumul, masyarakat Islam itu mulia hatinya dangan kewujudan badan-badan seperti ini sekaligus menangkis persepsi buruk yang dipaparkan barat melalui media terhadap dunia Islam.
5) Apabila kesatuan wujud, maka kekuatan akan timbul, hanya dengan itu kita tidak akan mudah diperkotak-katikkan oleh barat kerana kita mampu berharap terhadap bantuan yang bakal dihulurkan oleh saudara seMuslim kita yang lain. Jikan EU mampu bersatu untuk membantu Greece keluar daripada kemelut dan kegawatan ekonomi, mengapa tidak negara Islam membantu sesama kita.
6) Perpaduan ummah akan bertambah, perlaksanaan ibadah menjadi mudah, kekuatan semangat Islam turut kukuh dan gah.

Oleh itu, besarlah harapan untuk melihat usaha menubuhkan institusi zakat dunia ini menjadi satu realiti. Berharap agar kepimpinan negara-negara Islam yang ada mampu bersatu mencapai kata sepakat di dalam merealisasikan harapan ini. InsyaAllah... Bantuan Allah pasti akan tiba.


Langkawi Islamic Finance and Economics International Conference

Thursday, 27 October 2011

Bola Oh Bola...

PIALA KEBANGGAAN KITA... PIALA MALAYSIA


Malam minggu ni final Piala Malaysia yang bakal menyaksikan pertembungan dua gergasi bola sepak Terengganu dan Negeri Sembilan... Biarpun aku kecewa Selangor kalah, tapi terpaksa akur sebab memang Terengganu main better than Selangor and they deserved to be at the final. Cuma hari ini aku nak sentuh mengenai isu harga tiket RM 50. Before this, if I'm not mistaken, the price for final was around RM 30 ajer... So, dah naik RM 20... Cuma yang aku tak puas hati sikit sepatutnya perlu ada rundingan yang jauh lebih terbuka dan aku yakin rundingan itu telahpun berlangsung... Wakil FAM, wakil daripada negeri-negeri yang bertanding telahpun mempersetujui harga RM 50 tersebut... Cuma butiran kenaikan harga ataupun asbabnya harga tiket tu dinaikkan perlulah dikhabarkan kepada khalayak agar tidak ada pihak yang menuduh FAM buat duit buta... Nak lagi mulut orang Melayu, ada jer nak tambah cerita... FAM kaut duitlah... Itulah... Inilah... So, penjelasan yang terperinci sepatutnya diberikan... Lagi menyakitkan hati bila penjelasan diberi wang itu adalah untuk belanja pengurusan, pembayaran pengadil, penjadualan perlawanan, stadium dan keselamatan... Berapa sangat rasanya??? Kalau RM 30 x 70,000 = RM 2,100,000... Takkan tak cukup lagi... Tambah pulak RM 50... Kalau di kalikan RM 50 x 70,000= RM 3,500,000... Pergh... Banyak tue... Cuma, katanya baki wang kutipan jualan tiket setelah di "minus'kan perbelanjaan akan dipulangkan 50% kepada Negeri Sembilan dan 50% kepada Terengganu... So, aku harap selepas game malam minggu ni, kedua-dua negeri perlulah membuat kenyataan akhbar apabila mereka telah menerima wang sepertimana yang dah dipersetujui agar semua peminat bola sepak 2 negeri ini sejuk hati dan kredibiliti FAM terjaga...

Sedang aku nak naik ofis pagi tadi, sempat aku bersembang dengan guard yang selalu jaga kat bawah tu... Aku rasa dia fans Hobin Jang Hobin kot... Dia sendiri nak boycott game tu sebab dia kata mula-mula cadang nak pergi stadium ngan wife ngan anak... Kalau 3 orang dah jadi RM 150... Dia kata baik aku duduk kat kedia ooopppsss salah kedia oppsss salah lagi kedai mamak order tosai 40, teh tarik 40, boleh sumbat 40 orang makan sambil tengok skrin besar daripada menghabiskan RM150... Main tak setara mana... Kalau duduk makan kedai tomyam... Dah boleh order ikan siakap masak 3 rasa + telur bistik + tomyam ayam untuk 4 orang makan... Lagi syok... Betul jugak cakap dia... Aku pun terfikir... Yelah... Itu kalau 3 orang pergi... Kalau yang pergi satu bas... 30 oranglah katakan... 30 x RM 50= RM 1,500... Macam-macam boleh bikin...

Tapi aku cakap kat dia... "Supportlah sukan tanahair... Kalau Arsenal ker, Man U ker, Liverfool ker, Chelsea ker datang, ko sanggup pulak berbayar sampai beratus ringgit... Ni bila orang kita main ko nak berkira... Player EPL semua dah kaya raya... Korang bagi diorang kaya lagi boleh plak??? Ni nak bagi persatuan bola sepak negeri ada fund sikit pun korang dah mengomel, pemain kita semua pakai Ferrari ker... Cubalah bawak bersabar... Nak pergi, pergi... Taknak pergi sudah... Lagipun tengok kat stadium tu kan lain semangatnyer, lain suasananyer..."

Jadi pengajarannya di sini, kalau nak support team korang... Pergilah... Tak payah nak boycott... Malaysia ini pun ramai mana sangat... Tapi kalau korang tak datang pun, final tetap jalan... Ada jer orang lain yang bersemangat tinggi tetap akan turun menyokong... So, fikirkanlah...

* Gua harap Negeri Sembilan menang minggu nie...


Tuesday, 25 October 2011

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS


Macam Dato' K dan Siti... Hehehe


Kasih Abadi

Tercipta UntukMu...


EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:


"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

Monday, 24 October 2011

Belajar Oh Belajar...

Hm, masuk hari ini dah lebih seminggu aku tak update blog... Maklumlah aku kan student sambil bekerja... Nak kata kerja aku sibuk sangat takdelah... Ada banyak juga masa... Tapi masa-masa tu aku banyak bahiskan oppssss habiskan dengan membaca... Alhamdulillah, pejam celik pejam celik aku dah nak masuk final semester... Bila dah masuk final semester ini banyak sikit benda yang nak kena buat untuk aku habiskan sessi pembelajaran aku... Nak kena buat Applied Business Research (ABR) lah, nak siapkan individual dan group assignmentlah... Hish!!! Serabutlah kepala... Apapun, sekarang adalah masa yang terbaik untuk aku tekan agar cita-cita aku nak habiskan Master ni tercapai... Inipun sebahagian daripada life plan aku... Kalau kaya pun takde ilmu buat apa... Kalau ada ilmu tapi tak kaya, orang tak pandang hina sebenarnya... Sebab dalam hidup bagi aku darjat seseorang itu terletak pada ketinggian ilmu dia dan kemampuan dia untuk menterjemahkan ilmu yang dia ada untuk diwariskan kepada generasi akan datang... Itulah antara salah satu perkara yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak... Ilmu yang bermanfaat untuk diwariskan akan sentiasa mengalirkan pahala kepada kita waimma kita dah ada di alam qubur...

Sessi pembelajaran semester ini cukup mencabar... Tambahan pulak kena organize seminar on Global Business Issue next month... Apapun, ini memberikan aku dan kengkawan satu pengalaman bekerja dalam sebuah pasukan bagi memastikan apa yang dirancangkan dapat kita laksanakan dengan jayanya... Aku berdoa agar ilmu yang aku timba daripada program MBA ini dapat aku aplikasikan di dalam aktiviti kerja seharian... InsyaAllah... Dan kalau ada rezeki, aku nak sambung belajar lagi... Kalau pergi overseas pun bagus jugak... Buat Doctrate plak ker... Tujuan sebenar aku sambung belajar ini bukannya apa cuma nak memastikan aku terus membaca... Akukan orang Melayu... Orang Melayukan malas membaca... Jadi, untuk mengelakkan dari sifat malasnya orang Melayu ni, aku pun belajar... Atleast aku membacalah benda-benda yang lecturer suruh baca... Dapatlah tambah ilmu dua tiga senduk... Penuh jugak tembolok otak aku ni... InsyaAllah, aku harap... Aku dan Suhailah dapat habiskan semester kali ini dengan jayanya... Moga grad dengan cemerlang... Ameen...

Kenangan Konvo UiTM bersama Mama dan Abah: Master in Media and Information Warfare

Tuesday, 11 October 2011

Masa Bercinta...

Sedang lepak di office, tetiba boleh pulak terlayan gambo2 yang member aku masa Taaruf Week July Intake 2005/06 tagkan di Facebook... Mengimbau kembali kenangan aku bercinta dengan isteri aku sekarang ini, Suhailah bte Ismail... Kenangan masa belajar dan masa aktif berpersatuan yang memang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila... Kenangan yang banyak mendidik sikap kepimpinan di dalam diri aku dan membolehkan aku berfikir secara lebih rasional dan matang... Terima kasih di atas pengalaman ini Ya Allah...

Masa ini aku ingat baru "couple" ajer ngan Suhailah... Ni some pics yang aku boleh share ngan korang... Maklumlah... Masa tu sorang "tough", sorang lagi ber"getah"... Sekarang sorang dah "macam bun roti" dan sorang lagi dah jadi macam pokok getah... Hehehe... Apapun, this is my life... To my wife Suhailah... Love you so much...

Mata dah macam Dato' K... Hehehe... Bersama juga akhirnya...

Dah macam filem Hindustanlah pulak...

Musang berjanggut...

Dah keluar sedutan awal dan akhir Video ke-2 pulak...



Hari ini, rata-rata blog politik dah mula menyebarkan sedutan awal dan akhir klip video seks yang kedua yang dikatakan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berlaku di Bangkok, Thailand (http://www.papagomo.com/2011/10/ekslusif-rakaman-video-paman-anwar.html )Mengenangkan semula kenangan keadaan politik tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Mahathir, rata-rata rakyat begitu taksub dengan beliau sambil menyatakan ketidak percayaan terhadap perkara tersebut dan menyalahkan Tun Mahathir dengan melabelkan beliau Maha Firaun, Maha Zalim dan sebagainya... Bahkan ada yang siap bersolat hajat supaya Tun Mahathir mati cepat dan dilaknat... Namun, pada hari ini sudah semakin ketara siapa yang bakal dilaknat... Siapa yang bakal terkubur akibat kerakusan terhadap kuasa dan semakin ketara bahawa tindakan yang Tun Mahathir ambil pada ketika itu hakikatnya adil dan menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang zalim dan bertopengkan agama... Video klip yang kedua ini biarpun masih belum disiarkan sepenuhnya namun bagi saya sudah cukup membuktikan bahawa Anwar juga adalah manusia biasa... Bisa melakukan kesalahan dan kesilapan... Masih bisa perlu diperbetulkan biarpun sudah berada di kemuncak kuasa...





Seharusnya rakyat Malaysia menilai apa yang berlaku ini sebagai satu hikmah... Allah telah membuka kebenaran demi kebenaran... Kepalsuan tidak akan dapat mengatasi kebenaran... Dan kebenarannya sekarang ialah Anwar Ibrahim harus ditolak memandangkan beliau telah melaksanakan jenayah moral yang cukup serius... Namun, seluruh rakyat Malaysia masih hanya berdiam diri... Tidak ada seorang pun di dalam Pakatan Rakyat yang berani bersuara mendesak beliau berundur hanya kerana takut akan kekalahan pada pilihanraya umum yang ke-13 yang sudah hampir tiba... Mana semboyan perjuangan yang berpaksikan agama sedangkan kita menaikkan pemimpin yang telah terang zinanya... Mana semboyan perjuangan keadilan sedangkan kita sendiri tidak adil di dalam menjatuhkan hukuman... Segalanya tenggelam hanya kerana nafsu politik semata-mata... Apalah nak jadi dengan Malaysia...

Tidak dinafikan UMNO dan Barisan Nasional banyak kelemahan... Namun, hakikatnya, kelemahan itu dicanang dan diperbesarkan sehingga UMNO dan Barisan Nasional dilihat sebagai sebuah parti yang langsung sudah tidak relevan... Dan yang banyak mencanangkan kelemahan UMNO dan BN ini tidak lain dan tidak bukan adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri... Satu demi satu perkataan yang terhambur dari mulutnya mencaci dan mencerca bahkan adakalanya fitnah dilemparkan tanpa rakyat menganalisa setiap perkara yang terpacul keluar hasil dari kepetahan beliau berkata-kata... Nah! Mungkin sekarang apa yang beliau cercakan, apa yang beliau katakan terpalit pada diri beliau sendiri... Benarlah kata "Apabila kita mengaibkan orang, maka orang akan mengaibkan kita... Sekiranya tidak, Allah akan membalasnya..."

Artikel ini bertujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa... Namun kita harus sedar dan menilai ke mana hala tuju negara ini yang ingin kita bawa... Pemimpin yang rendah moralnya sekiranya di negara luar sudah pasti akan di heret ke muka pengadilan... Desakan untuk meletakkan jawatan sudah pasti akan kedengaran... Namun, di Malaysia tanah tumpahnya darahku yang kucintai ini berbeza ceritanya... Pemimpin yang rendah moralnya terus diagungkan dan dibenarkan bebas bersuara... Pemimpin yang tinggi agamanya berdiam diri tidak memperbetulkan kesalahan dan membiarkan ketinggian ilmu di dalam dirinya direndahkan... Adakah semua kerana kuasa??? Aku keliru membuat penilaian...

Aku hanya mampu meminta kepada semua agar insaf dan sedar... Sekarang ini sudah jelas bahawa Anwar bijak memecah belahkan kekuatan kita khususnya orang Melayu... Terkadang aku tertanya, teruk sangat ker kerajaan BN memerintah? Hina sangatkah pemimpin2 BN? Mulia dan maksum sangatkah pemimpin2 PR? Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar keadaan politik Malaysia kembali stabil... Aku berdoa agar Barisan Nasional kekal menang kerana aku tahu hanya parti ini saja yang kekal relevan buat masa ini dan kesinambungan perjuangan parti ini masih boleh diteruskan dari satu generasi ke satu generasi... BANGSA MALAYSIA...

* Kalau pembangkang hebat, keluarkanlah video bukti DSNajib letupkan Altantuya ker? Seks klip KJ dengan Maya Karin ker?... Barulah best sikit politik Malaysia kali ini... Jangan setakat tulis dalam Harakah dan cakap kosong jer...

Akukah orang itu...



Pergh!!! JAMBUNYEERRRR... Tak dapat aku bayangkan beginikah wajah aku 6 tahun yang lalu ketika masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa... Masa ini aku jadi Programme Manager (PM) untuk minggu orientasi student baru masuk... Macam tak percaya... Begitu cepat masa berlalu... Dahulu sebesar buah mangga, kini sudah sebesar buah cempedak@nangka... Ya Allah... Bilalah aku boleh kembali ke zaman kurus macam tu lagi... Nampaklah sikit hensem dia tue... Hihiihihi...

Tapi aku tak kisah... Apa yang penting... Buat masa ini, biarpun gempal tapi masih sihat... Masih boleh bergurau senda dengan kengkawan dan boleh bermain golf kira Oklah... Apapun, niat kena ada... Biarpun tak melaksanakannya... Niat nak kurus tu selalu menebal, tapi usaha ke arah nak benar2 kurus tu nipis sangat... Kena usaha lagi... Huhuhu... 

Tuesday, 4 October 2011

HE IS LEGEND... BRAVE AND BRILLIANT...



In one conference, he said that there are 7 important characters in order to become a great leader...


i. A good leader may not be humble but at least he should not be boastful.

ii. He must be prepared to accept responsibilities but should not be too pushy and insistent on taking the lead.


iii. He should not seek to blame others for failures but to admit his own culpability. He should not point fingers or seek scapegoats.


iv. He should be modest and not seek praise and glory.


v. He should know how to handle his followers as much as his superiors. He must be sensitive to the sensitivities of others.


vi. He should be willing to do what he expects others to do. He should uphold the slogan of leadership by example.


vii. He should be learned and more intelligent at least by comparison of the people he leads.

After listening to his BBC interview, I think Tun Mahathir is a very smart leader, cool and full of patience, talk based on facts, brave to speak out his mind and opinion,  intelligent, able to control his emotions, stand up for Islam and openly criticized Western and Israel.