Friday 24 February 2012

Day 2: Trip Jakarta Bandung 2012

Setelah sampai agak lewat di Bandung semalam, maklumlah jalan jammed yang teruk sangat disebabkan oleh ramai pengunjung-pengunjung ke Bandung meraikan GONG XI FA CHAI... So, memang habis setengah hari dalam bas jelah... Sampai, terus makan malam dan lepas tu terus check in hotel... 

Hari ini hari kedua bermulalah aktiviti yang pertama iaitu melawat ke Tangkuban Perahu, Sari Ater (Kolam Air Panas), Rumah Mode dan Toko Tiga Jeans... Dari hotel ke Tangkuban Perahu tu dah ambil masa sejam, sampai sana kena naik van lagi nak ke atas... Pergh... Sesak jugak ler... Tapi, bila sampai kat atas sana... Duduk tak sampai 20 minit sebab sejuk sangat... Sejuk tu satu hal, berangin sakan... Last sekali semua nak turun cepat sebab tak tahan sejuk...

Lepas semua dah naik bas, kitorang teruskan perjalanan ke Sari Ater @ Kolam Air Panas yang menganbil masa 20 minit dari Tangkuban Perahu... Maklumlah, kawasan gunung berapi mestilah ada tempat air panas... So, kitorang pun pergi melawat jer... Nak mandi rasa tak gamak sebab ramai sangat orang... Kalau dah ramai sangat yang berenang dan berendam, air kolam tu pun aku rasa dan bukan air mutlak dah... Keruh jadinya... So, lepak2 sambil makan2 pun jadilah...

Selesai di Sari Ater, kami teruskan perjalanan turun semula ke Bandung... Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah restoran yang berada di pertengahan jalan... Rumah Bamboo kalau tak silap aku nama restoran tue... Selesai makan, kami pun terus ke rumah Mode... Apalagi, shopping ler... Bini aku shopping beli baju anak-anak... Aku macam biasalah jaga anak-anak... Nak beli takder saiz... Itulah nasib seorang bapak... Hihihi... Lepas tu kami seisi rombongan ke Toko Tiga Jeans... 

Semua berjalan lancar, cuma hari ini dalam sejarah, ketika semua sedang rancak ber"shopping" di Toko Tiga, anak aku yang kedua yang baru poleh berjalan tetiba jatuh dan terhantuk dahinya ke bucu meja yang mempamerkan jeans2 yang lazat2... Hihihi... Terus terpancut darah keluar dari dahi dia... Aku dan isteri memang cuak giller... Dalam hati, confirm berjahit ni... Tapi, aku tabik dengan "customer service" kedai Toko Tiga... Sejurus pengurus dia nampak anak aku dahi dah terbelah dan berdarah, dia terus bawak aku dan anak aku ke bilik khas dan beri rawatan sementara... Di sapu ubat dan di balut luka di dahi anak aku tu... Lepas tu, siap arrangekan kereta untuk bawak aku, Suhailah dan Camica ke hospital... Sesampai di hospital, Alhamdulillah... Doktor kata tak payah jahit... Guna pelekat je pun dah boleh lekat... Tapi tak boleh dibuka selama tiga hari... Kos perubatan pun kedai Toko Tiga Jeans tu yang tanggung... Kagum aku dengan layanan yang diorang berikan... Lepas tu, siap hantar aku, isteri dan Camica ke tempat makan malam di mana seluruh ahli rombongan sedang menunggu... Nak makan malam pun dah takder selera... Letih bercampur penat... Lepas makan, dalam jam 2230, balik hotel... Tidur...

Day 2: 22 Januari 2012

0800: Bertolak dari Andelir Hotel ke Tangkuban Perahu,
0930: Tangkuban Perahu
1125: Sari Ater
1330: Lunch
1630: Rumah Mode
1900: Toko Tiga
2230: Balik ke Andelir Hotel, Tidoq





























2 comments:

  1. Harrah's Resort Atlantic City Tickets - JamBase
    Buy Harrah's Resort Atlantic City tickets at Ticketmaster.com. Get Harrah's Resort Atlantic 세종특별자치 출장안마 City venue concert and event schedules, venue information, 김포 출장샵 directions, Mar 13, 2022New 부천 출장마사지 Year's 광양 출장마사지 Eve PartyMar 16, 양산 출장샵 2022Basketball Hall Of Fame

    ReplyDelete