Sunday 29 May 2011

Final Yang Cukup Dramatik: Barca vs Man U



Biarpun hanya menonton di rumah memandangkan anak aku tak berapa sihat muntah-muntah, aku tetap enjoy melihat game final Champions League antara Man U dan Barcelona... Not because of Man U kalah dan mendiamkan semua penyokong-penyokong fanatisnya yang berkelahiran (Pekan,Pahang), (Gombak,Selangor), (Balik Pulau, Penang), (Kokdiang, Kedah) dan (Tanah Merah,Kelantan), ber I/c kan kad pengenalan Malaysia dan beratuk dan nenekkan mereka yang dilahirkan di tanah Melayu... Tapi yang aku tak tahan, diorang ni sokong mengalahkan anak tauke burger dan piun di Manchester sana... Apapun, aku terhibur dengan game malam tue...

Jaringan Pedro, Messi dan Villa sudah cukup membuatkan Barcelona gemilang dan Man U menggigit jari... Namun, jaringan Rooney sedikit sebanyak mengubat hati... Ada yang tak boleh terima hakikat kekalahan Man U dengan confident berkata ni semua agenda Yahudi, ada yang kata ni semua setting... Ada yang kata memang Barca layak menang sebab Man U memang sayur... Hehehe... Biar apapun orang nak kata, aku tetap:
  • Respek Man U sebab diorang boleh sampai ke final berbanding team aku... Arsenal yang turut terkandas di suku akhir setelah terjumpa Barca...
  • Respek Man U sebab diorang berusaha bermain dengan bersungguh-sungguh hingga ke minit-minit terakhir biarpun telah ketinggalan 2 goal...
  • Respek Man U sebab diorang kental berjuang biarpun dari segi matematiknya, kelebihan pemain dan perlawanan melebihi Barca...

Tahniah, at least Man U dapat tempat kedua dan juara EPL... Tahun depan cuba lagi...

Apa yang penting, Barca deserve to win... Messi, Xavi, Iniesta, Villa sudah cukup untuk merobek gawang Man U... Puyol, Pique, Abidal, Alves, Busquets dan Mascherano telah menghalang jentera Man U untuk merancang serangan dengan cemerlang... Mereka adalah juara... 

Saksikanlah ulangan gol-gol sepanjang perlawanan... 

No comments:

Post a Comment