Sunday 18 September 2011

Ini namanya "Sudah terang lagi bersuluh..."

Apa aku nak tulis hari Isnin ni... Ha, yesterday, after MBA class, aku planned nak update blog. Accidentally, aku terlawat blog blogger politik terlaris sekarang ini Papa Gomo dan di situ ada satu video yang aku telah namakan video "Sudah terang lagi bersuluh" mengenai seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat yang kononnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak terlibat dengan skandal seks beliau dengan seorang wanita Cina. Sambil menyatakan bahawa:
  • pelakon di dalam video itu bukanlah beliau...
  • perut pelakon itu lebih buncit berbanding perut beliau... 
  • jam yang beliau pakai masih berada dalam simpanan isteri beliau...
  • isteri beliau juga turut menafikan sekeras-kerasnya itu bukan beliau... 


Hakikatnya, setelah keluarnya video "Sudah terang lagi bersuluh" ini, rakyat Malaysia rata-ratanya masih rela diperbodoh dan dengan bongkak berkata "Alah, semua pemimpin sekarang macam tue..."... tak pun, "Alah, ingat pemimpin kerajaan sekarang ini baik sangat ker???"... Dan yang paling best masih ada yang berkata... "Woi Gaban, itu semua FITNAH...". Lagi syok, bila ada member yang berkata... "Hei, apalah... Cukup-cukuplah sebarkan aib orang..." 

Aiiikkk!!! Sebarkan aib orang??? Kalau DS Najib dan DS Rosmah punya aib, dialah yang sibuk nak sebar-sebarkan... Habis semua dicanangkan... Najib dengan wanita Monggollah, Najib dengan Ziana Zainlah... Bila kena tang pemimpin sendiri, diam, cakap benda tu FITNAH... Ayat lagi best, AGENDA JAHAT UMNO... Perghh!!! Aku dah basi dengan alasan tu semua... 

Menganalisa apa yang berlaku, aku mengenang semula sikap pemimpin tersebut... Beliau memang pakar berkata-kata... Bahkan kalau ada gunung, gunung pun boleh runtuh kerana beliau punya kata-kata... Tapi mungkin beliau di sepanjang ceramah dan ucapan beliau kerap mengaibkan orang lain, mungkin inilah balasan Allah kepada beliau... Akhirnya beliau diaibkan dengan sebenar-benar aib... Moga apa yang terjadi menginsafkan beliau dan kita semua... Jadilah pemimpin yang baik... Menjadi contoh tauladan segenap insan dengan akhlaq dan adab... 

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, ikhlaskan hati terima kebenaran. Kalau baik pemimpin tu, naikkanlah beliau... Kalau tak baik, fikirkanlah... Hakikatnya, video itu mengesahkan beliau hadir ke tempat tersebut... Beliau ada di tempat tersebut... Beliaulah yang masuk dan keluar premis tersebut dengan sahabat yang beliau sendiri kata beliau tidak kenali... 

Konklusinya, aku marah dengan beliau yang berselindung disebalik kehebatan anugerah pandai berkata-kata kurniaan Allah padanya... Aku marah bila beliau menggunakan agama dan pejuang-pejuang Islam PAS demi nafsu kuasa beliau... Aku marah beliau menafikan kejahatan yang sudah terang-terangan beliau lakukan... Hasilnya, yang buncit adalah beliau... Yang bukan beliau adalah beliau... Yang beliau kata jam beliau ada pada isteri beliau sekarang ni sudah tidak ada dalam simpanan beliau... Yang isteri beliau memang sangat sayangkan beliau... Kalaulah aku ada isteri seperti Wan Azizah... MasyaAllah... Tabah, sabar dan teguh cintanya terhadap suaminya... Kalau isteri akulah, aku rasa dah lunyai kena kerja... Akhir kata... 
LU PIKIR LA SENDIRI...

1 comment: